Misunderstanding Industry

 

Assalamualaikum semua. Maaf sudah lama saya tak update blog…jap… lama ke… rasa lama jugakla….Hari ini nak kongsi sedikit tentang Misunderstanding Industry

Sebelum lebih lanjut, saya minta maaf dulu ye if apa yang bakal saya share ni mungkin tak semua akan boleh terima kerana lumrah manusia selagi kita tidak lalui nya sendiri selagi itu kita sukar untuk percaya… Sama konsep macam dosa pahala jugak kan.. selagi kita tak rasa sendiri azab or ganjarannya selagi itu kita akan terbuat juga perkara yang dilarangNYA dan terlupa nak buat apa yang disuruhNYA.. Well saya bukan nak ceramah agama di sini… itu hanya perumpamaan sahaja dan sekadar peringatan untuk diri sendiri… Saya sekadar berkongsi pendapat saya dan info untuk semua.

mmgseminar1

Network marketing memang selalu bila kita buka mulut sikit je, orang dah bagi respon..”aaahhh ni semua tipu ni… xbetul ni…. orang atas je untung lebih…. orang bawah kene tindas…lepas tu diabaikan…. bla…bla…bla….”

Memang anda yang membaca mesti terfikir saya menulis yang positif sahaja sebab saya one of yang terlibat dalam industri ini. Memang saya akui saya memang minat untuk business sendiri dan dari dulu pun kalau boleh taknak makan gaji sebab saya nak ada sesuatu aset yang boleh diwarisi oleh bakal generasi saya nanti. Jangan salah faham, saya tidak sekali memandang rendah pada mereka yang makan gaji sebab if semua dalam dunia ni dah ada business sendiri, siapa pula nak jadi pekerja kan.. macam mana plak keadaannya nanti…huru hara jugak tu bila difikirkan.. even saya sendiri bermula dengan makan gaji… dan saya sangat tabik spring kepada semua yang bekerja di sektor swasta dan kerjaan kerana kalian boleh bertahan dengan kerenah manusia… saya walaupun baru 4 tahun pengalaman bekerja dengan sektor swasta dan kerajaan, saya dah tak boleh tahan untuk menahan kerenah manusia… huhuhu… syabas kalian semua memang hebat… saya serius ye bukan menyindir…tiada faedah pun saya menyindir…datangkan dosa kering je…

Minat saya untuk business  actually dari zaman universiti lagi saya dah berjinak jinak dengan business secara kecil-kecilan. Selepas tamat pengajian, saya kerja dengan swasta dan kerajaan dan semua nya bertaraf kontrak or sambilan. Ye saya akui belum ada rezeki saya lagi untuk dapat kerja tetap. Sejak itulah saya berfikir untuk terus buat sesuatu yang boleh menghasilkan pulangan yang berbaloi dengan usaha saya sendiri. Pada permulaan saya hanya buat secara partime sahaja, dan alhamdulillah secara partime pun lumayan. Tetapi disebabkan terlalu banyak alasan yang saya sendiri tidak cuba atasi (kekangan kerja hakiki yang terlampau sibuk) , saya pasifkan diri daripada business yang sangat bagus ini. Walaupun pasif saya still dapat kembangkan business saya dan ada extra income lagi. Dan waktu saya pasif ini saya ternampak FB seorang sahabat saya yang baru berkecimpung dalam industri ini tetapi berjaya. Saya sangat tercabar dengan pencapaian dia. Saya tidak sangka dia yang baru setahun jagung tetapi dah maju banyak dari saya. Waktu itu baru saya sedar, yang ini adalah business saya dan saya sahaja yang boleh tentukan naik turun income yang saya peroleh. 

Selepas dari itu, saya nekad untuk terus berusaha bersungguh dan membuat secara fulltime. Bohongla saya cakap tiada rintangan. Semua business ada halangannya even kerja dalam pejabat pun ada sahaja onak dan durinya. Tetapi kali ini saya terus rempuh juga dan alhamdulillah saya makin dapat berkembangkan team saya di Kuala Lumpur dan yang akan datang mungkin di Pulau Pinang dan Johor Bahru. Dalam industri ini sebenarnya tiada siapa yang boleh rugi melainkan individu itu sendiri yang plan untuk gagalkan businessnya.

mmgseminar2

Lepas menghadiri sesi seminar bersama seorang tokoh hebat dalam industri ini, Mr Winston Wong, saya semakin yakin dan excited untuk share kan peluang besar dalam industri dengan kawan-kawan or sesiapa sahaja yang memang nak buat duit. Bak kata beliau, “you are the one who responsible to share this good business to your friend out there. You are the one who should tell them the true about this industry” . Sebagai info tambahan, hasil statistik negara menunjukkan industri ini menyumbang hampir 10billion dalam ekonomi negara WoW!!! dan statistik semasa kegawatan ekonomi tahun 1997 juga menunjukkan industri ini adalah industri yang paling minimum terjejas dan lebih menarik lagi selepas kegawatan sahaja industri ini lah industri pertama yang melonjak naik. Ini membuktikan betapa kukuhnya industri yang sangat digeruni oleh ramai orang dan ini adalah fakta yang tidak semua kita ketahui dan still ada yang meraguinya.

Sekiranya dibuat perbandingan antara business network marketing ini dengan business biasa or organisasi biasa, perbezaan paling ketara ialah SEMUA ORANG MEMPUNYAI PELUANG YANG SAMA UNTUK PEROLEH UNTUNG YANG BESAR. Walaupun ramai yang bercakap orang atas je untung banyak itu semua mitos sahaja. Pihak atasan adalah leader dalam sebuah team. Dia bertanggungjawab untuk bantu dan pantau team dia dan if kita adalah one of team membernya yang mana kita pun ada team kita sendiri, kita pun akan buat perkara yang sama. Kita akan fight dan meet target team untuk keuntungan diri sendiri dan team kita. Kita buat kita dapat. If kita tak bua kita tak dapat. Sama je konsep dengan leader. Leader pun dia kene buat baru dia dapat. If dia tak buat dia tak dapat. So TIADA ISTILAH ORANG ATAS JE UNTUNG. Kalau dalam business biasa or organisasi betul, kita yang bawah ni buat la kerja pulun bagai, tp yang dapat untung lebih or credit ke confirm orang atas or boss kita. (cuba renungkan balik)

Dalam industri ini, anda perlu kaji dan selidik latar belakang syarikat yang terlibat sebelum anda join. Memang sekarang banyak syarikat dalam industri ini. So kaji betul-betul. Itu yang paling UTAMA. Lagi satu once dah join belajar dan belajar dan terus belajar. Jadi GOOD FOLLOWER so that you can be a GOOD LEADER. Make sure juga leader dan follower BEKERJASAMA antara satu sama lain. Lepas tu kaji juga marketing strategy nya. Jangan terlalu terpengaruh dengan ayat sebegini “labur RM10 sahaja boleh dapat untung RM10,000” – ini contoh sahaja ya tiada kaitan dengan mana-mana pihak. Dalam hukum business yang dipegang oleh seluruh dunia ialah ini “HIGH RISK, HIGH RETURN”. Dalam industri ini pun, sama juga. High Risk High Return. Industri ini sebenarnya TIDAK PERNAH MEMAKSA ANDA UNTUK KELUARKAN MODAL BESAR. MODAL SEBENAR IKUT KEMAMPUAN ANDA. Back to basic, ini business anda so anda yang tentukan berapa untung anda mahu. Tiada jalan mudah untuk cipta kejayaan. Industri ini bukan skim cepat kaya. Industri ini bertaraf antarabangsa ok. Even taiwan, singpore, USA semua ada tokoh2 hebat dalam industri sebegini dan mereka semua start dengan jadi GOOD FOLLOWER

Bagi yang memang sedang aktif dalam industri ini sekalung TAHNIAH diucapkan dan teruskan membimbing dan kembangkan team masing-masing dengan CARA YANG BETUL. Bagi yang rasa-rasa macam dah terbuka minda atau ready untuk bersama dalam misunderstanding industry tidak kira secara part time or full time, jom bersama MasterMindGroupreneurs. Kami semua sangat mengalu-alukan kehadiran dan kesungguhan anda. Hubungi saya untuk dilatih dan dibimbing secara PERCUMA 0122371543 fadzillah johari. Dengan cost of living yang lebih meningkat pada tahun ini, anda perlu rebut peluang dalam industri ini.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s